Thursday, 8 March 2012

hanya Dia. kerana Dia. cukup Dia.

Assalamualaikum warahmatullah

Allah! Sungguh! Tiada daya dan upaya kita selain dari Dia. Allah sangat hebat. Dia akan terus menguji sehinggalah dalam hati kita hanya Ada Dia. Tanpa perlu bergantung pada manusia. Tanpa! Kita mungkin boleh mengadu, bercerita, berharap agar manusia faham Dan membantu tanpa kita sedar akhirnya mereka tak faham. Mereka tak beri pertolongan yang kita harapkan. Mereka tak faham situasi yang kita alami. Kita terlampau berharap, berharap pada manusia, sedang kita lupa, kepada Dia sepatutnya kita bergantung harap. Hanya Dia! Cukup Dia! Dia Maha Mendengar, mendengar sendu seorang hamba yang butuh akan pencerahan, sendu seorang hamba yang mengharapkan bimbingan. Sendu seorang hamba yang mengharapkan pertolongan tatkala merasakan dirinya sedang menuju ke jurang neraka.

Tak Senang. Susah. Sangat. Untuk kita berlari menuju Dia. Dalam diri terus ditarik oleh jahiliyyah yang tak pernah kenal penat. Berharap ada tangan-tangan yang akan lawan tarik tali dengan jahiliyyah. Tapi tiada. Allah izin begitu. Sebab Allah ingin kita sendiri. Ya Allah. Aku dah jauh sangat dari Kau. Aku menuju jurang kehinaan. Selamatkan aku. Kau takkan menzalimi hambaMu. Adu lah. Menangis lah. Tunduk dan sujudlah. Hanya pada Dia. Jangan diharap pada manusia. Mereka mungkin takkan berada tatkala jahiliyyah hampir menang. Jangan diharap pada ukhuwwah. Juga pada orang kita berukhuwwah. Bergantunglah pada Tuhan pemberi ukhuwwah.

Kita mungkin tak lagi seiringan sekarang. Kamu di hadapan, aku di belakang. Jangan takut dan sedih. Selagi aku punya Dia, aku akan terus berjalan. Walau aku hanya merangkak sedang kalian berlarian. Itu janji. Bukan pada kamu. Tapi pada Dia. Hanya Dia. Untuk Dia. Cukup Dia.

3 comments:

  1. x p... kalau merangkak tu pun satu mujahadah terbesar kita, Allah akan pandang... kita bukan nak jadi terbaik, sebab tu Allah yang kasi.. tapi cukuplah kita tahu yang kita dah buat sehabes baik...sehabis baik kerana Dia... =)

    ReplyDelete
  2. to see the unseen is not easy.
    seeing the unseen is harder :) but Allah knows best kan? :)

    ReplyDelete